Bijak
Bijak dan berwaspada. Cancer memiliki daya imaginasi yang tinggi. Pun begitu, kelebihan itu harus dikawal dengan sebaik mungkin. Dan sekiranya diberikan tugas dan bekerja dengan menggunakan naluri, Cancer adalah orangnya. Ini kerana Cancer mempunyai pemikiran yang kreatif. Cancer juga sedia berhadapan sebarang kesukaran. Keteguhan prinsip dirinya ini berupaya menyingkirkan masalah.
Moody
Moody merupakan kelemahan Cancer yang paling besar. Mereka mudah berasa gembira dan cepat terluka. Melayan mereka dengan bersederhana adalah cara yang paling baik merawat moody tersebut. Jadi tidak hairanlah jika sikap Cancer mudah berubah. Dari seorang periang menjadi pendiam.
Cinta
Cancer merupakan kekasih yang cukup istimewa. Biarpun ada kalanya mereka terlalu beremosi, namun mereka begitu penyayang dan rajin mengambil berat tentang pasangan.Cinta Cancer merupakan kekasih yang cukup istimewa. Biarpun ada kalanya mereka terlalu beremosi, namun mereka begitu penyayang dan rajin mengambil berat tentang pasangan.Pabila mereka dilamun cinta, mereka akan sungguh-sungguh bercinta. Namun, ada masanya Cancer boleh bertindak kejam terhadap pasangannya seperti mengucapkan kata-kata yang tak sepatutnya. Sebaliknya, jikapasangannya berbuat demikian, Cancer cepat terasa hati dan langsung tidak menyenangi situasi tersebut.
Khidmat nasihat
Jika kamu mahu mendapatkan nasihat atau cadangan untuk membelikan hadiah buat seseorang, carilah Cancer! Mereka sangat peka dengan perasaan dan personaliti seseorang individu itu. Pilihan mereka juga tepat dan sesuai. Penerima hadiah atau kad tersebut pasti berasa gembira.
Karier
Terdapat beberapa kerjaya yang amat sesuai dan berpadanan dengan Cancer. Antaranya ialah guru, jururawat dan ahli ginekologi. Selain itu, golongan Cancer juga boleh bekerja di muzium dan kedai barang antik serta berupaya menjadi chef yang berjaya! Walaupun Cancer amat ‘mencintai’ wang,hakikatnya kepuasan adalah lebih utama dan penting buat mereka. Mereka bijak menggunakan wang yang ada berdasarkan gerak hati.
Kesihatan
Cancer memerlukan beberapa jenis sistem senaman yang perlu kerap diamalkan. Ini amat penting untuk kesihatan golongan Cancer.
TIPS Rawatan MADU KELULUT
8 years ago
No comments:
Post a Comment